Jelajah lebih jauh, cipta lebih banyak kenangan
Selamat datang ke laman web yang direka bentuk baru untuk platform yang lebih pantas, lancar dan mudah, khas untuk menjadikan pengalaman tempahan anda lebih baik.
Melaka ONEQR ialah program pengurusan tiket dan acara dalam talian yang membantu anda membeli dan menjual, mengurus serta mendaftar masuk tiket untuk acara anda dengan mudah.
Log masuk, navigasi dan terokai sendiri. Jika berkesempatan, tinggalkan maklum balas anda yang berharga. Pengguna boleh melihat kandungan lawatan tempatan yang terpilih pada bila-bila masa serta membuat tempahan hotel dan inap desa berdekatan.
Hanya dengan memilih destinasi lawatan anda, isi maklumat peribadi, buat pembayaran dan semak e-mel anda untuk mendapatkan kod QR bagi penebusan / daftar masuk. Mudah dan senang, bukan?
Destinasi Paling Popular
Melaka ONEQR ialah platform yang bekerjasama dengan pelbagai lawatan bandar popular serta hotel dan inap desa berdekatan untuk perjalanan yang lebih mudah dan selesa di sekitar Melaka. Laman web ini turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan terpilih dan eksklusif dengan terma dan syarat yang dikenakan.